laman utama
daftar sekarang
PENDAFTARAN TAMAT 18 JULAI 2022

Soalan Lazim

BAGAIMANA CARA UNTUK SAYA MENDAFTAR?

Isikan butiran anda dalam borang yang dipautkan di bawah dan sertakan CV anda serta semua dokumen sokongan lain dalam sebarang format (portfolio, sijil pencapaian, surat pengesyoran, video, prototaip projek sebelum ini) sebagai bukti latar belakang kerja dan pendidikan anda. Daftar sekarang sini.
‍

SAYA TIDAK MEMPUNYAI KELAYAKAN DALAM BIDANG SAINS KOMPUTER ATAU PENGATURCARAAN. ADAKAH SAYA MASIH BOLEH MEMOHON?

Ya, anda masih boleh memohon, tetapi jika anda mempunyai kelayakan dalam bidang Sains Komputer atau bidang yang berkaitan adalah sebuah kelebihan.

‍

APA YANG KITA PERLU KOD/CIPTA?

Anda perlu kod/cipta sebuah aplikasi, permainan mudah alih, program atau platform berdasarkan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) yang berikut:

• MPL 4: Pendidikan Berkualiti
• MPL 11: Bandar dan Masyarakat Mampan
• MPL 15: Kehidupan di Darat

‍

BERAPA LAMA PROGRAM INI AKAN DIJALANKAN?

Program ini akan berlansung dari 29 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022, dengan agenda-agenda berikut:

• Hari Pertama: Bengkel
• Hari Kedua: Acara Hackathon selama 36 jam
• Hari Ketiga: Acara penyampaian hadiah
‍

ADAKAH SAYA PERLU TANGGUNG SEBARANG KOS?

Perbelanjaan berikut ditanggung oleh penaja berdasarkan terma & syarat:

• Tempat tinggal
• Makan & minum
• Pengangkutan (Amaun subsidi akan ditentukan oleh penganjur)

‍

PERLUKAH SAYA TINGGAL/BERMALAM DI SANA?

Ya, jadi jangan lupa pek beg dan sebarang gajet yang anda perlu!
‍

ADAKAH PROGRAM INI AKAN DIADAKAN SECARA ATAS TALIAN/FIZIKAL ATAU HIBRID?

Program ini akan dijalankan secara fizikal.
‍

ADAKAH IA TERBUKA KEPADA PESERTA YANG BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA?

Program ini hanya terbuka kepada warganegara Malaysia.
‍

ADAKAH PROGRAM INI MEMPUNYAI YURAN PENDAFTARAN?

Tidak, tetapi anda mesti memberi komitmen penuh anda sepanjang acara ini berlansung, dari 29 Julai 2022 sehingga 31 Julai 2022.
‍

ADAKAH ACARA HACKATHON INI DIJALANKAN SECARA BERKUMPULAN ATAU INDIVIDU?

Acara hackathon ini akan dijalankan secara berkumpulan
‍

SAYA TELAH MENDAFTAR SECARA INDIVIDU, SIAPAKAH AHLI KUMPULAN SAYA YANG LAIN?

Anda akan tahu pada hari acara! Kami akan berusaha untuk memberi ahli kumpulan yang terbaik!
‍

BAGAIMANA JIKA SAYA INGIN MENARIK DIRI DARI HACKATHON INI?

Anda akan digantung daripada menyertai sebarang program anjuran #seKODlah di seluruh Malaysia selama 2 tahun.
‍

PERLUKAH SAYA MENGAMBIL UJIAN KENDIRI COVID-19 (KIT ANTIGEN RTK) SEBELUM ACARA INI?

Ya, penganjur akan memberikannya kepada anda pada hari pendaftaran.
‍

SAYA TIADA SEBUAH KOMPUTER RIBA. BOLEHKAH SAYA MASIH MEMOHON?

Anda tidak akan dapat menyertai hackathon ini kerana setiap peserta mesti membawa komputer riba mereka sendiri.
‍

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPAT MAKLUMAT LANJUT?

Sila e-mel sekodlah@forestcares.org untuk maklumat lanjut.

Ditaja oleh
Disokong oleh
Dianjurkan oleh
SOALAN LAZIMTERMA DAN SYARATsekodlah@forestcares.org
©2022 Forest Interactive Foundation
©2022 Forest Interactive Foundation